Wasiat Imam Syafie Posted by PakarHowTo on October 29th, 2008
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuatpersediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud danmembantu orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dannasihat menasihati.
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, sukamembantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepadaibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi danmemperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, danbersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment