Family First

Family First

Tuesday, July 14, 2009

44 Sebab Ke Neraka

(petikan email dr En. shahiran)

Neraka Allah yang disediakan khusus kepada mereka – mereka yang engkar kepada perintah dan suruhan Allah dan RasulNya.

Namun demikian, sebagai mengambil peringatan ( Tazkirah ) untuk diri sendiri, elok juga kita mengetahui sebab – sebab manusia itu berada di Neraka Allah, Na’uzubillahiminzalik…Antaranya ada 44 sebab :

01) Orang yang membunuh dirinya sendiri

02) Mencari dan memakan rezeki dari sumber yang haram

03) Pemimpin yang mati dalam keadaan menzalimi dan menipu rakyatnya

04) Membuat tuduhan atau fitnah terhadap seseorang mukmin pada dosa yang tidak dilakukannya

05) Mereka yang sering membuat dusta dan sentiasa berada di dalam kejahatan

06) Mereka yang terlibat dengan arak dan berkekalan dalamnya iaitu peminum, pelayan, penjual, pembeli, pemerah, pengupah, pengedar dan sebagainya yang berkaitan dengannya

07) Anak – anak yang derhaka terhadap kedua orang tuanya

08) Mereka yang suka membangkit – bangkitkan akan kebaikan, pertolongan dan pemberiannya

09) Mereka yang bersifat angkuh, sombong dan tinggi diri

10) Mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim terhadap kekeluargaan ataupun persaudaraan

11) Para isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada sebaab yang dibenarkan syari’e

12) Menganggu jiran tetangganya dengan perasaan iri hati, dengki, dendam dan sebagainya

13) Membunuh orang mukmin yang beriman dengan sengaja atau tanpa hak

14) Mereka yang menahan dan merosakkan hak seseorang muslim dengan sengaja walaupun hanya sepotong kayu sugi

15) Mereka yang membuat tipu helah dalam hukum hakam Allah untuk kepentingan diri sendiri

16) Membuat penanda pada muka haiwan ataupun memukul pada mukanya

17) Mereka yang ditugaskan sebagai hakim tetapi tidak menghukum dengan kebenaran atau fakta sebenar

18) Mereka yang terlibat dengan rasuah iaitu pemberi, penerima dan juga yang menulisnya

19) Lelaki dan perempuan yang membuat hubungan dengan pasangan sejenis

20) Suami yang mendatangi isterinya dari jalan belakang ( dubur )

21) Mencuri barang – barang dari kubur atau dalam kubur

22) Orang mukmin yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan ia mampu untuk berbuat demikian

23) Mereka yang memakan dari harta riba, pemberi riba dan penulis riba

24) Mereka yang mengejar dunia tanpa menghiraukan akhirat

25) Mereka yang meratap, mengoyak dan mencarikkan pakaian serta mencakar muka sendiri di kala mendapat ujian atau musibah dari Tuhan

26) Isteri yang mengelakkan diri dari tidur bersama suaminya

27) Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki

28) Mereka yang menyembelih bukan atas nama Allah

29) Mereka yang memberi perlindungan kepada ahli bida’ah

30) Mereka yang mengubah arah panduan jalan seperti rumah api dan sebagainya

31) Menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap para Nabi, Rasul dan juga malaikatNya

32) Mereka yang membinkan anak kepada yang bukan bapanya

33) Mereka yang menyembunyikan panduandan keterangan yang telah diturunkan oleh Allah

34) Mereka yang menjadi saksi palsu atau sengaja mereka – reka fakta untuk menganiaya seseorang

35) Menuduh wanita mukmin yang beriman lagi beramal soleh melakukan perbuatan curang

36) Menyediakan makanan dan sajian untuk dihidangkan kepad jin dan syaitan seperti pesta puja pantai dan sebagainya

37) Menjadikan rumah – rumah Allah sebagai tempat untuk kepentingan diri ataupun memerangi agamanya

38) Mereka yang menghina dan juga mencaci sahabat – sahabat Rasulullah S.A.W.

39) Membunuh atau menanam bayi secara hidup – hidup kerana bimbangkan akan kehidupannya akan melarat atau akan jadi miskin

40) Mempercayai terhadap sesuatu benda itu ( tahayyul ) yang ia boleh menyebabkan datangnya kecelakaan ataupun kebaikan seperti ketika sedang berjalan tiba – tiba seekor biawak melintas maka kecelakaan akan menimpa di hadapan nanti

41) Bersumpah dengan sumpah palsu atas nama Allah untuk menguatkan hujahnya

42) Memecah belahkan perpaduan, barisan dan jemaah kaum muslimin

43) Mengingkari akan sifat – sifat ketuhanan sama ada Uluhiyah ataupun Rububiyah

44) Berprasangka buruk terhadap Allah serta berputus asa terhadapNya terutama bila mendapat kesusahan dan kesempitan hidup



Di antara hal yang bersangkutan dengan perkara 24 dan 43 di atas ialah hal tidak mengerjakan atau meninggalkan Sembahyang. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “ Sesiapa yang mengambil mudah akan sembahyang, Allah S.W.T. akan menghukumnya dengan 15 belas hukuman iaitu :

- 6 daripadanya di dunia; 3 ketika hampir mati; 3 ketika di dalam kubur dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur

6 hukuman ketika di dunia :

- Allah akan menarik keberkatan dari umurnya

- Dihilangkan tanda – tanda orang soleh daripada wajahnya

- Semua amal kebajikannya tidak akan diberi ganjaran oleh Allah

- Allah tidak akan mensucikannya

- Allah tidak akan mengangkat doanya ke langit

- Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang –orang soleh

3 hukuman ketika hampir mati :

- Dia mati dalam keadaan hina

- Dia mati di dalam keadaan terlalu lapar

- Dia mati di dalam keadaan terlalu haus

3 hukuman semasa di dalam kubur :

- Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya

- Allah akan menyalakan bara api dan membalik – baliknya di atas bara tersebut

- Allah akan menugaskan 2 orang malaikat yang ganas. Mereka akan memukul orang berkenaan yang meninggalkan solat Subuh dari waktu Subuh hingga ke Zohor dan dari Zohor hingga ke Asar. Begitulah dari satu waktu ke satu waktu. Setiap kali pukulan akan membenamkannya ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Malaikat itu akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengeluarkannya semula. Malaikat itu juga tidak akan berhenti memukul orang yang melalaikan solat sehingga Hari Kiamat.

3 hukuman di Hari Kiamat :

- Allah akan menugaskan 2 orang Malaikat untuk menarik ke atas mukanya ke suatu tempat

- Allah akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan sehingga berguguran daging mukanya. Mereka juga akan dihisab dengan teliti dan lebih lama

- Mereka akan ditolak di hadapan Allah ke neraka.

Ingatlah bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat dengan sengaja lebih – lebih lagi di waktu sihat, Allah tidak akan menerima tauhidnya, amanahnya, sedekahnya, puasanya dan syahadahnya. Mereka juga mempunyai paras rupa yang hitam.

No comments:

Post a Comment