Family First

Family First

Thursday, May 28, 2009

Gembirakah Kita?

PENGENALAN
Hari ini dunia berubah terlalu pantas. Meninggalkan kita termangu meniti usia. Perubahan demi
perubahan yang berlaku menyesak dan menyiksa kita. Keboleh upayaan kita untuk menangani dan berdepan dengan perubahan menentukan gembira tidaknya kita melalui kehidupan mendatang.

Kadang kala kita sentiasa tertekan dengan pelbagai perkara hingga menyebabkan kita hilang kawalan diri. Kita berubah menjadi orang lain dan ini menjadikan kita merasa lebih teruk dan tidak bermaya.
KENAPA KITA TIDAK GEMBIRA?

Terdapat banyak sebab menjadikan kita tidak gembira dengan apa yang kita lakukan dan lalui,

ØPersekitaran
ØKeluarga
ØRakan-rakan
ØKerja
ØBoss
ØTiada harta
ØTak cukup duit
ØJiran tak sporting
ØHarapan tinggi jatuh berkecai
ØKesihatan diri dan keluarga
ØSex life
ØSesuatu keputusan kurang baik

Sekiranya faktor-faktor tersebut dihurai lebih mendalam pastinya ‘tiada kegembiraan’ langsung
dalam diri kita.

Namun walau apa pun faktor yang menyebabkan ketidak gembiraan dalam diri kita, pastinya ia boleh kita tangani dan depani. Membolehkan kita terus bangun hari ini seperti hari-hari semalam.
KESAN TIDAK GEMBIRA

Ketidak gembiraan membawa pelbagai kesan dalam kehidupan kita. Kebanyakan kesan adalah negatif dan menyakitkan. Ia tidak pernah membawa kesan yang menyeronokkan. Kesannya pelbagai mengikut kekuatan diri kita.

•Lesu
•Tidak bermaya
•Kurang tenaga
•Murung
•Tertek
•Cepat marah
•Penat
•Hilang harapan
•Hilang minat
•Kekosonganan
•Malas
•Sensitif
•Sakit hati
•‘Tersiksa’
•Rasa bodoh

#Kurang selera makan
#Lebih selera makan
#Ketawa lebih
#Bercakap banyak
#Hilang mood
#Keseorangan
#menangis
#Luar biasa
#Tak terurus
#Hilang semangat
#Kerja tak teratur
#Hilang idea
#Tidak produktif
#Fikiran negatif

#Bosan
#Sedih
#Muram
#Kusam
#Menjerit
#Nak tidur

Umumnya, kesan-kesan ini mempengaruhi seseorang dalam menentukan halatuju kehidupan hariannya. Ia juga memberikan kesan kepada perhubungan interpersonal seterusnya mengganggu produktiviti kerja seharian.
BERGEMBIRALAH!!

Lima perkara yang mampu membuatkan kita gembira dalam kehidupan waima apa situasi atau halangan yang kita tempuhi. Biar apa pun di depan kita, pastinya mampu kita tangani berkat usaha dan iltizam diri ..

A)Bebaskan diri daripada kebencian
B)Bebaskan diri daripada kebimbangan
C)Hiduplah seadanya
D)Banyakkan bersedekah/memberi
E)Kurangkan berharap/meminta
A) BEBASKAN DIRI DARI KEBENCIAN

Umumnya terlalu banyak perkara yang kita benci dalam kehidupan ini. Kerana itulah dikatakan ‘kita membenci perkara yang kita tidak ketahui’. Kita membenci takdir yang menimpa kita. Kita
membenci orang lain, membenci diri, membenci hari, membenci ..membenci dan penuh dengan
kebencian.. PTK ..bencinya.. LNPT bencinya.. Boss ..bencinya.. Kerja ..bencinya.. Kebanyakan kebencian bersarang dalam diri kita. Benci dengan kelebihan orang lain.. Kenapa orang lain naik pangkat dulu ..bencinya..

Kebencian bermula dari ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu atau bila mana kehendak
atau keinginan kita tidak dipenuhi disebabkan perkara yang kita tidak boleh terima. Ketidakpuasan itu bersarang, membarah dan akhirnya menimbulkan kesumat dalam dada.
Sama seperti bila kita benci seseorang kerana sesuatu perkara, semua perkara yang berkaitan dengannya.. kereta,, motor, rumah, cakap, gelak, makan, minum, tandas, kerja, tempat kerja .. semuanya kita benci. Melihat kerja atau tempat kerjanya cukup membuatkan kita sakit hati, tersiksa dan menderita.

Kesimpulannya, kebencian menjadikan kita tidak gembira. Kita menderita, tersiksa tanpa sedar. Terimalah apa sahaja. Bergembiralah dengan apa yang kita lakukan. Andai Boss kita cerewet.. terimalah bahawa dia cerewet. Andai muka kita tidak ‘handsome’ ..terimalah bahawa kita telah ditakdirkan untuk hadir ke dunia dengan jutaan rahmat yang tidak terhitung.. Kebencian adalah punca kepada rasa tidak bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bebaskan diri dari kebencian.
B) BEBASKAN DIRI DARI KEBIMBANGAN

Aku bimbanglah, anak aku nak ambil SPM, PMR!
Aku bimbang la ..nak pegi PTK!
Aku bimbang la .. kerja tak siap lagi!
Aku bimbanglah .. Suami aku asyik outstation jer!
Aku bimbang la.. Nanti Boss marah!
Aku bimbangla ..nak pergi pejabat baru tu!
Aku bimbangla ..pinangan aku ditolak!

Umumnya, terlalu banyak kebimbangan dalam diri kita yang berkait dengan rasa rendah diri dan kurang keyakinan.

Oleh kerana anak kita banyak sangat bermain, kita bimbang keputusan SPMnya teruk. Bimbang
keputusan itu satu perkara..bimbang rakan-rakan bertanya khabar itu lebih teruk lagi. Ada pula nanti yang berbanding-banding keputusan anak. Itu yang cukup membimbangkan kita.

Kurang yakin dan rendah diri menyebabkan kita melakukan sesuatu ala kadar. Jadi cuba lakukan yang terbaik. Yakinlah bahawa kita telah melakukan yang terbaik. Apa sahaja hasilnya kita terima dengan hati terbuka.
C) HIDUPLAH SEADANYA

Hiduplah mengikut kemampuan diri. Keinginan untuk hidup lebih daripada apa yang kita ada,
menjadikan kita hamba! Hamba kepada diri dan material yang tidak hakiki. Kita umpama mengejar bayang-bayang yang hanya wujud bila mana ada mentari. Terlindung dek awan.. kita terkapai mencari jati diri. Cukuplah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah! Seandai seringgit yang kita ada, hiduplah seperti adanya seringgit.

Seandainya RM10,000.00 yang kita ada, hiduplah seadanya kita ingin hidup. Yang penting, jangan hidup kerana orang lain. Usah biarkan orang lain menentukan hala tuju kehidupan kita.
‘Orang pakai kereta baru.. aku pun nak juga’ ,‘orang beli rumah baru..aku pun nak juga’, ‘orang makan di Coffee house..aku pun nak juga’, ‘orang pakai handset mahal..aku pun nak juga’,’orang pakai baju baru..aku pun nak juga’’, ‘orang kawin baru..aku pun nak juga!!!!’ Apa lagi kemerdekaan yang kita ada..jika semuanya kerana orang lain.

Gembirakah kita jika hanya asyik mengikut apa yang orang lain ada? Walau apa pun keadaannya, walau apa keinginannya, walau apa hasrat dan impiannya, biarlah mengikut kemampuan kita. Kata orang dulu-dulu, membeli baju biarkan diukur di badan sendiri. Biar selesa kita memakai, biar seronok mata memandang, biar berbunga hati di dalam, biar terukir dalam senyuman.
D) BANYAKKAN BERSEDEKAH / MEMBERI

Yakinkah kita bahawa daripada tujuh biji benih, Akan tumbuh tujuh tangkai dari setiap bijinya,
Setiap tangkai akan keluar tujuh biji!!! Kata orang, kalau kita ingin lebih, berilah lebih. hari ini hari orang, entahkah esok hari kita. Hari ini kita membantu orang, entahkan besok kita perlukan pula bantuan.. Jika tiada 20 sen berilah 50 sen. Jika tiada 50 sen berilah Rm1.00, tiada seringgit berilah lima ringgit.

Janganlah sesekali hampakan mereka yang meminta, apatah lagi mengumpat atau menghina. Telah Allah takdirkan dia untuk bertemu dan meminta, bagi menguji - Pemurah atau Kikirnya kita dengan nikmatNya Lihatlah cahaya pada wajah mereka.. Bersinar bak bulan purnama. Biarpun ramai yang berkata.. Banyak yang nak pekena jer!! .. Itu antara dia dan Tuhannya.
Keikhlasan kita ada timbang taranya.
E) KURANGKAN BERHARAP / MEMINTA

Sudah menjadi lumrah, kita sentiasa berharap sesuatu menjadi seperti yang kita rangka. Mengharapkan cepat naik pangkat supaya boleh kita tukar kereta..mengharapkan bonus berlipat, agar kita boleh berkira darap. (Walaupun bonus belum tentu dapat!!) kadangka kala, kita lebih dulu mencongak apa yang nak dibuat dengan bonus yang belum tentu dapat, gaji pada jawatan yang belum berpangkat. Congakkan kita menambah kecewa bila mana kita tak dapat. Hilang segala gembira, senyum jadi kelat!
KESIMPULANNYA...

Banyak perkara yang menyeronokkan dalam hidup ini jika kita gembira. Perjalanan jadimudah, kekusutan terungkai, kelesuan terubat, kejemuan terawat, segalanya jadi indah.
Jika kita boleh hidup dengan penuh bermakna, kenapa memilih gundah gelisah. Pilihan dalam diri kita – Gembira atau Gelisah – pilihan bijak di tangan anda!! kita penentu haluan kemudi, laut jadi bukti, Ilahi cukuplah mewakili.

No comments:

Post a Comment