Family First

Family First

Wednesday, June 3, 2009

Tayang Kasut

saja nak cuci mata ..





Melupakan Memang Susah Tapi Boleh Disenangkan

dipetik dari blog imotivasi

Melupakan sesuatu yang membuat Anda sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, Anda memang boleh melakukannya jika Anda sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.

Anda susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati Anda, mentertawakan Anda, memarahi Anda, memperli Anda, merendah-rendahkan kebolehan Anda dan memandang sebelah mata pada kata-kata Anda, seolah-olah apa yang Anda katakan itu remeh serta kurang penting.

Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu? Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan Anda melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama.

Apa dia langkah pertama tu? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudah menerima maaf. Maafkan orang yang sakitkan hati Anda tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum Anda tidur, selepas Anda sembahyang atau andai kata jika Anda teringatkan dia.

Sikap memaafkan Anda membuat Anda jadi orang cemerlang. Sikap mendendam Anda akan membuat Anda jadi orang yang tak pernah surut dari dilanda masalah, terutama masalah kewangan. Ubah diri, bina peribadi baru jika Anda mahu keluar dari masalah.
Ok, langkah kedua. Langkah kedua ni ramai orang sangkut. Mereka mengaku pada saya, memang susah nak buat. Apa dia langkah kedua?

Melupakan.

Tadi kita memaafkan, sekarang kita melupakan. Just LET GO. Biarkah ia berlalu, usah disesali, usah dingati walaupun sekali. Jangan ingat, jangan fikir, jangan cakap dan jangan bangkitkan.
Jangan pandang belakang! Yang dah berlalu, biarkan berlalu supaya tak ada apa-apa menghalang Anda maju. Cuba lihat realiti kehidupan seseorang. Jika Anda lihat dia susah nak maju, susah nak cemerlang, susah nak berjaya atau susah nak mendapat hasil dalam apa yang diusahakan olehnya, kaji sikap dia.

Perhatikan. Dia biasanya seorang yang susah nak memaafkan dan susah nak melupakan, tetapi amat suka membuat orang sakit hati dan amat suka mengungkit hal lepas-lepas, walaupun dah lama berlalu. Dia seorang pendendam dan kurang senang bila dia tahu ada orang lebih berjaya darinya, lebih senang hidupnya dari dia.

Jika Anda tak nak jadi macam dia, tak nak hidup Anda kurang cemerlang seperti dia, ubah sikap Anda. Latih diri untuk selalu memaafkan, selalu melupakan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas. Tadi Anda dah pelajari cemana caranya, sekarang masanya untuk Anda buat, praktikkan.

Jika Anda buat 2 langkah tu dengan berterusan tanpa diubah-ubah atau ditangguh-tangguh, Anda akan merasai kesannya. Hidup Anda makin tenang, Anda rasa bahagia dan Anda rasa gembira, seronok, bebas tekanan. Melupakan memang boleh menyenangkan Anda, membahagiakan Anda, cuma kena rajin berlatih melakukannya!

Monday, June 1, 2009

Terimalah kekurangan Suami seadanya

dipetik dari email

Seorang isteri mengadu begini kepada saya," Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin..

Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya.

Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat.

Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya. Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang. Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.

Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila? Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'.

Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia. Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian.

Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik.

Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya. JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu.

Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja. Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. . Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata

"NO MAN IS PERFECT".

Untuk Peringatan Kepada Kaum Perempuan

dipetik dari email, untuk peringatan diri sendiri dan kawan2 yg sudi membacanya.....

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.