Family First

Family First

Tuesday, April 28, 2009

Ilmu

Rasulullah pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

Wah! menarik betul pesanan Rasulullah kepada kita ya? Pendek tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkanharta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”

“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”

Pak Hamka pula berkata:

”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”

Thursday, April 23, 2009

My Best Friends

Semua org ada kwn karib / best friend masa kecik2 dulu..n maybe hingga sekrg persahabatan tu masih lagi terus terjalin..ni nak citer sket kwn karibku dr kecik..hingga la skrg nih..walaupun kawan2 silih berganti..namun kwn karib yg paling akrab dgn diriku ...adalah mereka2 yg dibwh nih..harap2 kalau mereka bc blog aku nih..im still loving u...

nama dia panjang..kwn2 panggey dia nana..aku kenai dia stat form 1 ...dia mmg pelajar popular sket kat sek aku time tu..cos dia baru berpindah dr johor...dgn free hair dia..dia sekelas dgn ku..ntah camner kami leh baik..maybe kami sama2 atlet juga yg buat kami rapat..pencapaian dia dlm sukan lebih baik dr aku..mybe aku salah amik acara kot...tp dia tak leh ligan aku dlm 100m hehehe...aku ngan dia cm langit ngan bumi kot..dia lawa..comel lote..slim river...kalau nak banding ngan aku..hehe

hingga form 3..aku berpindah ker sek len..tp kami still contact jumpa..etc..hinggala dia berkahwin...dulu main antar surat jer..kalau citer bejela2..
tp sayang...maybe lepas kawin dia bz..aku pun bz ngan family masing2 kami dah lost contact..

apapun..aku masih ingat kenangan kita bersama dulu..esp..kat sek men serdang...(tu pic form 3)


yg ni lak..nama dia pun panjang...aku panggey dia ros jer..aku kenai dia sejak kecik..ntah x ingat la..kira sedar2 ja aku dah kwn ngan dia..main anak2 patung..masak2..hehe
ros adalah kwn baik aku sejak dulu hingga sekarang n selamanya...aku n dia still keep in touch untill la skrg walaupun masing2 dah ada family sendiri..dia skrg ni kat melaka..kami mmg jrang jumpa..tp kalau dia balik kg..sure kmi jumpa..

dia dok ngan tok dia sejak kecik, rumah dia sebelah ngan rumah aku hnya dipisahkan oleh 'paya'..bila kami dua org nak g dating ker..aper ker..kami main tepuk2 tgn xpun bg bunyi ngan botoi (ala cam citer p ramlee tu)..

time sek rendah ...kami tak satu sek..tp dr form 1 -5 kami satu sek berbeza kelas jer..
hinggala abis spm kami terpisah dgn haluan masing...jodoh dia awai..dia nikah dulu dr aku..lani anak dia pun dah 3..

tp yg best masa aku nikah..dia sponsor cadar bilik pengantin...dia buat sendiri..
mekap dia juga, n dia juga pengapit aku ngan anak dia sekali

kami mmg byk berkongsi citer cos kami dr kg yg sama...kenangan pun byk masa kecik2 dulu

ros ni plak..dia kecik sket dr aku..org dia pun comey la nak banding ngan aku nih..

kalau jln tu mmg tak sama tinggi nyer..satu yg spesial dia dulu rambut panjang...aku ni ciput jer..
tp lani payh dah la nak rambut panjang ngan anak2 lagi..kan..kan.kan..ros..

kalau sapa daerah melaka nak mekap pengantin..panggeyla kawn aku nih..heheh

Peace!!!!

wah dah pandai bergaya anak ibu yerrr....